Sunday, July 14, 2019

Pengalaman Pertama Melihat Makhluk Halus

Salam kepada semua pembaca. Bagaimana pengalaman pertama anda tersempak/melihat makhluk halus. Apa yang anda nampak?

Pengalaman saya sendiri melihat makhluk halus ni pada umur saya 5 tahun. Masih segar dalam ingatan saya. Kejadian berlaku ketika saya mandi pagi untuk ke tadika. 

Pintu bilik mandi betul2 menghadap tingkap rumah. Tepi tingkap pula, kawasan kebun dan banyak pokok pisang. ( Bilik mandi dalam bilik master gitu). Waktu tu saya sorang2 dah siap mandi dan panggil arwah mama saya untuk bagi tuala

Tiba-tiba, mata saya ternampak sekujur mayat berbungkus berdiri tepi pokok pisang. Makhluk tu hanya berdiri kaku sahaja. Saya bagitau arwah mama saya yang saya nampak bende itu. Arwah mama saya ckp tu guni lah...x percaya pagi nnt bawa abang dan kakak pergi tengok.

Pagi tu gak, Kami pergi tengok, sah..tiada apa2 kat situ. Huhuhu, abang saya terus pesan, lain kali nampak bende pelik jangan tegur. Itulah pengalaman pertama saya ternampak makhluk halus.

Bagaimana dengan korang Pula?. 

Sekian...

No comments:

Post a Comment